Janjikan Aku Bahagia (TV2) SDTV 576I


Janjikan Aku Bahagia (TV2) SDTV 576I

SINOPSIS JANJIKAN AKU BAHAGIA 
Mengisahkan Nora adalah seorang janda yang mempunyai seorang anak perempuan remaja. 

Sementara itu Malique, seorang pemuda yang tampan, jatuh cinta dengan Nora yang jauh berusia darinya. Malique yakin dan jujur dengan cintanya terhadap Nora tanpa menghiraukan tanggapan orang terhadap jarak umur mereka.

Sungguh pun Nora telah menolak lamaran Malique, namun Malique terus memujuk dan meyakinkan Nora. Nora yang pada mulanya sukar menerima kehadiran Malique akhirnya mengalah dan bersetuju menerima lamaran Malique. Mereka akhirnya berkahwin. 

Namun berlaku konflik yang tidak diduga apabila hubungan mereka ditentang oleh Ameera, anak Nora. Dia ternyata menentang keras dan tidak merestui perkahwinan mereka. Pelbagai cara digunakan Ameera dalam menunjukkan rasa tidak puas hatinya. 

Dalam pada itu, setelah berkahwin, Nora dan Malique ternyata masing-masing menghadapi masalah kesihatan. Nora menghidap kanser servik manakala Malique pula menghidap sakit jantung. 

Namun masing-masing merahsiakan masalah kesihatan dari pasangannya. Nora khuatir beliau tidak dapat membahagiakan suami mudanya dan ini memisahkan mereka berdua. Begitu juga Malique yang seboleh-bolehnya tidak mahu Nora simpati terhadapnya.

Dalam pada itu, mereka berdua menjalankan rawatan bagi memulihkan masalah kesihatan masing-masing dengan harapan mereka dapat bersama untuk tempoh yang panjang. Mereka berusaha meyakinkan diri untuk sembuh seperti sediakala. 

Masih terbukakah peluang untuk mereka kembali bersama? Bagaimana pula penerimaan Ameera bila mengetahui ibu dan bapa tirinya di ambang kematian? Saksikan kesudahan telemovie menarik ini.  

SCREENSHOOT
JUDUL : JANJIKAN AKU BAHAGIA 
TARIKH / MASA : Selasa, 18 April 2017, 10.00 malam
SIARAN : Slot Citra TV2 (RTM)
PENGARAH : Shirin Khuzaimi
TERBITAN : HADIR DINAMIK SDN. BHD
PELAKON : Zain Saidin, Rozita Che Wan, Zila Bakarin, Azuan Mazlan, Amirah Azmi, Mimi Ernida

DOWNLOAD LINK : Uptobox

Janjikan Aku Bahagia (TV2) SDTV 576I

Komentar