Tolong Awek Aku Pontianak (2011) HDTV 1080p Malaysub


Tolong Awek Aku Pontianak (2011) HDTV 1080p Malaysub

Filem komedi seram ini mengisahkan tentang Bob iaitu seorang pemuda yang berperwatakan lurus dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat periklanan namun kerana kebaikannya maka Faizal iaitu ketua unit mereka selalu mengambil kesempatan dengan mencuri idea - idea hebat Bob. Disebabkan hal tersebut Bob tidak berpeluang untuk dinaikkan pangkat dan ini membuatkan Ina
 aitu teman wanitanya mengambil keputusan memutuskan hubungan mereka kerana sudah menunggu lebih 3 tahun untuk Bob dinaikkan pangkat. Selepas perpisahan tersebut, Bob mengambil keputusan untuk berpindah ke sebuah apartment murah bersama kawannya iaitu Pian. Mereka berdua sebenarnya tidak sedar mereka telah ditipu oleh Don iaitu agen hartanah yang memperkenalkan apartment tersebut kerana hakikatnya apartment itu
berpuaka. Pertemuan mereka dengan adik beradik jelita iaitu Maya dan Liyana telah mengubah kehidupan Bob dan Pian disana. Mereka berdua mula jatuh hati pada Maya dan Liyana tanpa mereka sedar sebenarnya Maya dan Liyana ialah pontianak. Liyana pula tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut
identiti mereka berdua terbongkar tetapi lain pula dengan Maya yang mula jatuh hati pada Bob kerana kejujuran dan ketulusan hati Bob selepas beliau menguji Bob dengan pelbagai dugaan.
Namun Faizal berasa sangsi dan beranggapan Maya ialah pontianak apabila terjadi satu kejadian ngeri di tempat kerja mereka jadi beliau meminta bantuan Pian untuk membantu beliau membuktikan bahawa Maya dan adiknya adalah pontianak. Jadi, mereka merancang mengadakan sebuah parti untuk membongkar rahsia tersebut. Jadi, adakah rahsia Maya dan Liyana akan terbongkar? Mampukah Bob menerima cinta Maya apabila mengetahui bahawa
Maya sebenarnya ialah pontianak? Apakah yang akan terjadi kepada Maya dan Liyana? Saksikan filem yang begitu menarik ini untuk mendapatkan jawapannya.

SCREENSHOOT
Bahasa: Melayu
Sarikata: MelayuKlasifikasi: PG13
Tarikh Tayangan: 7 Julai 2011
Genre: Komedi / Romantik
Durasi: 1 Jam 42 Minit
Pengedar: TAYANGAN UNGGUL
Pelakon: Zahiril Adzim, Sazzy Falak, Liyana Jasmay, Afdlin Shauki, Jehan Miskin, Harun Salim Bachik
Pengarah: James Lee
Download: Uptobox


Tolong Awek Aku Pontianak (2011) HDTV 1080p Malaysub

Komentar